hari nih saya nak bagi 10 tips utk cegah jerawat. Ia merupakan masalah yg sering melanda semua golongan tidak kira peringkat umur, lelaki mahupun wanita.
1) Jangan Berjemur Di Bawah Terik Matahari
Sinar UV boleh
menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan
berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh
menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas berjemur.
2) Rambut Tidak Tutup Muka
Jika anda mempunyai
rambut panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda
lebih teruk terutama pada waktu siang. Tahukah anda, rambut mempunyai minyak
yang juga boleh menyumbat liang kulit muka walaupun anda tidak menggunakan
sebarang produk rambut?
3) Elakkan Menyentuh Wajah
Menyentuh atau meraba
muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika
berpeluh. Oleh itu, pastikan anda membasuh muka setiap kali selepas anda
berpeluh.
4) Minum Banyak Air
Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa
dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran
yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. Inilah dua vitamin yang telah
diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan
berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula
boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak,
buah pic dan sebagainya.
5) Jangan Picit!
Sekiranya anda
memicit jerawat, ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan
parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat mula tumbuh. Terdapat alat
yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat
tersebut sudah masak.
6) Gunakan Sabun Bebas Minyak
Sabun bebas minyak
tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam,
jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label oil-free,
nonacnegenic, atau noncomedogenic.
7) Jangan Takut Makan Makanan Kegemaran
Ia hanya mitos jika
anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat
berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan
juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis
makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan makanan
tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk
mendapatkan kulit yang cantik.
8 ) Elakkan Cuci Muka Berlebihan
Kulit yang kotor
bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap
dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah ia boleh
menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia
serta kasar juga boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali
sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.
9) Elakkan Kosmetik Berasaskan Minyak
Elakkan terutamanya
kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan
menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya
ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinannya lebih rendah untuk menyebabkan
liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda bersolek, cuci muka terlebih
dahulu.
10) ‘Sunscreen’ Bebas-Minyak
Sunscreen atau
pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi
menyediakan perlindungan meluas dari sinaran ultraviolet (uVA) dan juga uVB.
Gunakan produk mempunyai label non-comedogenic. Ia juga mengelakkan liang kulit
daripada tersumbat.Sekian utk tips hari ini.
Sekiranya memerlukan konsultasi, saya sedia memberi khidmat ^-~
Adiossss